Kamis, 15 November 2012

JARAK ITU MENJAGA AKU DAN DIA

Kembali berjarak seperti biasa. . Susah. Rindu. Tak biasa. Tapi akan aku biasakan untuk masa depan kita. Terbiasa dekat sejak kita bertemu pertama kali, mungkin ambil masa untuk aku biasakan keadaan dan situasi kita sekarang. Jarak tak menghalang untuk aku dan dia berhubung. Walaupun cuma beberapa kali sahaja kita texting, calling/sms, facebooking. Aku faham, situasi sekarang bukan lagi seperti situasi di waktu itu yang membolehkan kita berhubung setiap masa. Sekarang sudah lain. Dan kita semakin matang, untuk tidak selalu berhubung apabila di rumah. Aku percaya dia, dia percaya aku. Aku tahu banyak yang perlu di buat apabila di rumah, seperti juga aku. Handphone sepertinya tidak lepas dari genggaman. Aku faham dia, dia faham aku. Semoga dengan jarak yang beribu kilometer ini dapat membuatkan rasa sayang, rindu dan kasih menggunung tinggi. Aku pegang semua janji janji dia pada aku. Untuk tetap terus begini, dan tidak kembali ke perangai lama yang buat aku risau bila kita berjauhan begini. Bohong kalau aku bilang aku tak rindu. Sabarlah... Ini dugaan untuk kita ke peringkat seterusnya. InsyaAllah. Tidur ditemani baju., sejuknya bangun pagi, lihat cermin, lihat gambar kita di sisi cermin, bermain dengan cincin pengikat hati kita, membaca kembali semua, messages, inbox dia lalu tersenyum lebar di sudut ujung rumah. Dan aku harap dengan jarak ini,  untuk dia dan aku belajar untuk saling setia dan rindu-merindui. Semoga akan ada masa untuk kita bersua muka, melepaskan rindu, melafazkan sayang, menatap mata dan bermanja lagi nanti. Akan aku tunggu saat itu, walaupun lamanya tidak pasti dan aku tahu bukan dalam masa terdekat ini. Aku sayang kau, Aku rindukan kau. Eliyana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Kumpulan LOGO

...

Halaman